Produk dan kebaikannya

1. Beauty Essence – Produk kecantikan – RM 60.00/120ml, RM30.00/40ml
Penampilan diri dan kecantikan sangat penting bagi wanita dan lelaki. Penampilan yang kurang menarik menyebabkan kita rasa kurang keyakinan dan rendah diri. Justeru dengan itu terdapat banyak syarikat yang melibatkan diri dengan industri perapian dan kecantikan diri. Yang menjadi masalah ialah bukan semua produk perapian dan kecantikan di pasaran sesuai dengan kita. Ada produk yang mengandungi bahan kimia merbahaya walaupun pengeluar mengatakan ia selamat. Produk kami memang selamat kerana ia tidak mengandungi bahan kimia, pewarna, bahan wangian, bahan awet sehingga ia selamat jika terkena mata atau terminum.

Antara kelebihan produk Beauty Essence
 Menormalkan kulit berminyak
 Melembapkan kulit yang kering
 Memperbaiki kulit yang rosak akibat memakai alat solek yang kurang serasi dengan kita
 Mengembalikan keremajaan kulit
 Menegangkan kulit yang kendur
 Mengurangkan jerawat
 Kulit bertambah lembut dan licin
 Beransur-ansur mencerahkan kulit
 Meredakan kegatalan kulit
 Boleh digunakan pada bayi yang mengalami ruam lampin
 Anda tidak perlu produk kecantikan lain seperti pelembap muka, penyegar muka (toner),serum kecantikan kulit atau sebagainya
 Tiada mengandungi bahan kimia, alkohol, pewarna dan pewangi
 Menggunakan khasiat bahan semulajadi dan halal
 Selamat walaupun terkena mata atau terminum
 Sesuai untuk semua jenis kulit dan semua peringkat umur termasuk bayi


2. Beauty Oil– RM 30.00./10ml
Produk pelengkap Beauty Essence. Produk ini seakan serum kecantikan tetapi lebih berkesan dan jauh lebih murah.

Kelebihan Beauty Oil
 Melembut dan meremajakan kulit yang lesu kerana pancaran suria atau lanjut usia
 Beransur-ansur menghilangkan bintik hitam pada kulit muka
 Segera menyembuhkan jerawat
 Menghilangkan kesan parut jerawat atau parut kecederaan kecil
 Segera melegakan dan menyembuhkan kecederaan kecil seperti terkena besi panas, air panas, minyak panas, cedera kena pisau dan lain-lain
 Menggunakan khasiat bahan semulajadi dan halal


3. RS – Sinus (Ubat resdung) RM 15.00
Jika anda mengalami simptom gatal hidung, hidung berair, kerap bersin, gatal mata, gatal dalam telinga, alahan debu, hidung, mata dan telinga gatal akibat makan makanan laut, besar kemungkinan anda mengalami resdung.

Kelebihan RS-Sinus
 Segera melegakan gatal hidung, gatal mata dan gatal telinga
 Tidak perlu perasap yang memedihkan/menyakitkan
 Tidak perlu telan pil/kapsul yang mahal
 Tidak perlu pantang
 Produk sinus berkesan dan termurah dipasaran
 Menggunakan khasiat bahan semulajadi dan halal


4. Eye-C (Ubat mata) RM 15.00
Kadangkala penglihatan mata menjadi kabur akibat debu, habok, terlalu lama mengguna kanta lekap atau terlalu kerap memandang monitor komputer. Mata yang merah, gatal dan berair membuatkan kita rasa tidak selesa.

Kelebihan Eye-C
 Segera menyegarkan mata
 Penglihatan menjadi lebih jelas
 Tanpa bahan kimia dan bahan awet dan selamat digunakan bila-bila masa
 Berkesan dan sesuai untuk semua peringkat umur


5. Femme Spray – (Produk kebersihan wanita). RM 30.00/120ml
Ada ketikanya alat sulit wanita mengalami masalah keputihan, gatal, mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, kekeringan dan sebagainya. Keadaan seperti ini menyebabkan rasa kurang selesa, mengurangkan keyakinan diri dan mungkin menjejaskan hubungan dengan orang yang rapat dengan kita. Ini mungkin disebabkan masalah ketidakseimbangan hormon, tekanan perasaan, jangkitan yis, bakteria, protozoa dan lain-lain lagi.

Kelebihan Femme Spray
 Segera melegakan masalah keputihan, gatal dan kekeringan
 Menghilangkan bau yang kurang menyenangkan
 Meningkatkan keyakinan diri
 Memberi keselesaan dan kesegaran pada alat sulit sepanjang hari
 Menggunakan khasiat bahan semulajadi dan halal


6. Magikal Aura 2 – (Minyak Aura 2) RM 50.00
Aura pada badan sesaorang sedikit sebanyak mempengaruhi kesejahteraan hidupnya. Aura yang tidak harmoni pada badan memberi kesan seperti masalah perhubungan sesama manusia, perasaan gemuruh, kurang keyakinan, gelisah, tidak dapat memberi tumpuan, perasaan tidak tenang, sukar tidur, murung dan lain-lain lagi. Satu contoh aura yang tidak serasi: Pernahkah anda bertemu orang yang tidak di kenali buat pertama kali, tiba-tiba anda merasa menyampah dan menganggap orang tersebut sombong. Walhal orang tersebut baik tidak seperti yang anda sangkakan. Ini disebabkan aura anda dan aura orang tersebut tidak serasi. Bagaimana pula kalau keadaan sebaliknya terjadi, anda menghadiri temuduga kerja atau naik pangkat tetapi penemuduga menyampah pada anda. Adakah anda akan berjaya menjawat jawatan tersebut atau naik pangkat?

Kelebihan Magikal Aura
 Meningkatkan keyakinan diri
 Memberi ketenangan
 Meningkatkan daya tumpuan
 Memudahkan berinteraksi dengan orang lain
 Mengharmonikan aura
 Boleh digunakan untuk luka kecil dan gigitan serangga
 Menggunakan khasiat bahan semulajadi dan halal


7. P-Cleanz (Garam parasit)  RM 22.00
Menurut kajian doktor perubatan, anggota tubuh manusia dihuni oleh beraneka jenis parasit seperti virus, maikoplasma, bacteria, kulapok, protozoa, cacing, atropoda dan juga makhluk halus. Jangan ingat hanya orang yang tinggal dui luar bandar sahaja yang mempunyai masalah parasit. Simptom jangkitan parasit ialah sistem imun badan yang lemah, kerap jatuh sakit, alahan, badan lemah-lemah, sakit-sakit sendi, fikiran berkecelaru, sakit kulit dan lain-lain lagi.

Kelebihan P-Cleanz
 Cara mudah menangani beraneka jenis parasit dalam badan
 Meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan
 Pelengkap kepada proses penyembuhan menyeluruh
 Menggunakan khasiat bahan semulajadi dan halal
 Tiada interaksi dengan pengambilan ubatan lain samada herba atau farmasiutikal
 Menggunakan khasiat bahan semulajadi dan halal


8. Colonz – Masalah perut selalu meragam RM 22.00
Kajian perubatan menunjukkan sistem pencernaan memainkan peranan penting dalam kesejahteraan kita. Sistem pencernaan merupakan tempat zat-zat makanan diserap ke dalam badan dan sisa makanan dikeluarkan dari badan. Ganguan sistem pencernaan menyebabkan penyerapan zat makanan tidak optimum, pergerakkan bahan cerna lembap atau terlalu cepat mengakibatkan kita mengalami masalah ceret beret atau sembelit. Pergerakkan bahan cerna yang lembap menyebabkan peningkatan mikrob yang tidak diperlukan yang menyebabkan toksin dihasilkan dari bahan cerna yang mereput. Toksin yang dihasilkan kemudian masuk ke dalam badan menyebabkan kita mengalami masalah migrain, pening kepala, tumbuh jerawat, badan kurang bermaya, sistem imun badan lemah dan lain-lain lagi.

Kelebihan Colonz
 Menangani masalah ganguan sistem pencernaan
 Menangani masalah sembelit akut dan kronik
 Berkesan dan murah
 Sesuai untuk semua peringkat umur
 Tiada interaksi dengan pengambilan ubatan lain samada herba atau farmasiutikal
 Menggunakan khasiat bahan semulajadi dan halal


9. Sugar Control (Menstabilkan paras gula dalam darah) RM 22.00
Beraneka jenis tekanan, amalan pemakanan yang tidak sihat dan pencemaran memberikan kesan negatif terhadap sistem pencernaan, pankrias, hepar kelenjar adrenal dan ginjal. Aras gula dalam darah yang melampau untuk jangkasa yang lama akan menyebabkan diabetes. Sepertimana yang diketahui diabetes menyebabkan komplikasi kesihatan seperti ganguan penglihatan, saluran darah tersumbat, sakit jantung, tekanan darah tinggi, ganguan sistem saraf, ginjal rosak, lemah tenaga batin, gangrene dan lain-lain lagi. Pengambilan gula atau makan berlebihan, pengambilan ubat untuk mengawal diabetes untuk jangka lama menyebabkan aras gula dalam darah sukar dikawal. ** Produk ini bukan ubatan untuk mengawal diabetes tetapi membantu menstabilkan aras gula dalam darah. Amalan pemakanan yang sihat, pengambilan ubatan diabetes mengikut yang disarankan oleh doctor perubatan dan produk ini membuatkan kawalan gula dalam darah lebih berkesan berbanding dengan pendekatan biasa.

Kelebihan Sugar Control
 Tak perlu telan pil/kapsul atau minum ubat herba yang pahit
 Mudah di ambil
 Tiada interaksi dengan pengambilan ubatan sedia ada seperti ubat diabetes, ubat tekanan darah tinggi, ubat sakit jantung , sakit ginjal
 Jumlah yang di ambil sangat sedikit sehingga ia tidak menjejaskan tekanan darah dan ginjal
 Tiada kesan sampingan seperti ubat diabetes farmasiutikal
 Menggunakan khasiat bahan semulajadi dan halal


10. Stress No More (Menangani masalah tekanan perasaan) RM 22.00
Desakan gaya hidup moden menyebabkan kebanyakan dari kita sentiasa tertekan. Tekanan ini memberikan kesan negatif pada kesihatan seperti peningkatan kolestrol, tekanan darah tinggi, sistem imun rendah, risiko diabetes, pening kepala, mudah demam, sukar tidur malam, dingin seks, cepat marah sehingga boleh menjejaskan hubungan sesama manusia dan prestasi kerja.

Kelebihan Stress No More
 Menenangkan
 Menormalkan sistem saraf
 Bukan dadah atau sedatif (dadah penenang)
 Menormalkan sistem endokrin
 Mengurangkan kesan stress terhadap tubuh badan
 Menggunakan khasiat bahan semulajadi dan halal


11. Complete Detox (Detoks badan lengkap) RM 22.00
Hidup tanpa toksid bukan lagi satu pilihan. Dewasa ini terdapat beribu-ribu bahan kimia dalam udara, air dan makanan yang boleh menjejaskan kesihatan kita dalam jangka waktu panjang. Toksid ini biasanya terkumpul dalam sel, lemak dan seluruh anggota badan. Toksid yang terkumpul dalam badan melemahkan sistem imun, sistem saraf, sistem endokrin, hepar dan ginjal. Akibatmya badan selalu letih, tumbuh bisul, jerawat, mudah dijangkiti penyakit, pening, kulit kering, sembelit, kolestrol tinggi, tekanan darah tinggi, kitar haid tidak teratur, ganguan pada sistem reproduktif lelaki dan wanita dan lain-lain lagi. Kebanyakkan buku mengenai penjagaan kesihatan menyarankan langkah pertama pemulihan kesihatan ialah dengan melakukan detoksifikasi.

Kelebihan Complete Detoks
 Mudah digunakan
 Membuang toksid dari lemak, dari dalam sel, dalam tisu dan tulang
 Membuang toksid semulajadi, toksid sintetik dan logam berat dari badan
 Menggunakan khasiat bahan semulajadi dan halal


12. Sistem KLD (Detoks Hepar dan Ginjal – Pelengkap Complete Detoks) RM22.00
Produk ini adalah pelengkap kepada Produk Completre Detoks. Toksid yang di keluarkan dari lemak, sel, tisu dan tulang akan ditapis oleh hepar dan ginjal dan melalui kulit. Semasa detoksifikasi, hepar dan ginjal mengalami tekanan kerana terpaksa menangani toksin yang sekian lama bertimbun tambah dalam badan. Justeru dengan itu produk ini merangsang hepar dan ginjal dalam proses pelupusan toksid dari badan.

Kelebihan Sistem KLD –
 Membuang toksid dari dalam hepar
 Meningkatkan kecekapan hepar menapis dan membuang toksid
 Meningkatkan kecekapan ginjal menapis dan membuang toksid dari badan
 Mengurangkan risiko kegagalan hepar dan ginjal rosak akibat paras toksid yang berlebihan
 Pelengkap kepada produk Complete Detoks


13. Aknee (Jerawat batu) RM35.00/120ml
Aknee atau jerawat batu merupakan jerawat besar, kadang kala bernanah dan boleh menyebabkan parut besar pada kulit muka. Ia bukan saja tumbuh di muka tetapi di bahagian dada dan bahagian belakang badan. Penggunaan antibiotic dan krim berseteroid boleh mengawal jerawat batu buat sementara tetapi ia akan muncul kembali. Kadangkala penggunaan bahan kosmetik menggunakan bahan kimia akan memburukkan lagi pertumbuhan jerawat batu. Produk ini dirumus khas bagi mengatasi masalah jerawat batu yang degil dan menjejaskan penampilan dan keyakinan diri sesaorang. Ia dirumus khas tanpa bahan kimia, bahan herba yang boleh memburukan lagi keadaan. Bagi kes aknee serius, pengguna disarankan menggunakan produk Complete Detoks, Sistem KLD dan P-Cleanz sebelum menggunakan Produk Aknee bagi menguatkan fungsi sistem badan terlebih dahulu.

Kelebihan Aknee
 Menangani masalah Aknee secara semulajadi
 Selamat, tanpa bahan kimia dan bahan herba
 Menggunakan khasiat bahan semulajadi dan halal
 Mudah digunakan
 Murah dan berkesan untuk jangkamasa lama


14. 40’ Plus RM 30.00
Nilai pemakanan yang rendah, makanan yang tidak seimbang, tekanan hidup dan usia yang lanjut memberikan impak yang besar terhadap sistem endokrin yang bertanggungjawab merembeskan hormon pertumbuhan (HGH). Ibu segala sistem endokrin ialah kelenjar pituitary yang mengawal kelenjar hormone yang lain disamping merembeskan hormone pertumbuhan. Kajian menunjukkan selepas berumur 25 hingga 30 tahun penghasilan hormone HGH mula berkurangan. Pengurangan hormone dalam badan atas sebab yang telah disebutkan tadi akan membuatkan fungsi organ dan tisu dalam badan mula merosot beransur-ansur dan sampai satu tahap kita menjadi “tua”. “Tua” itu subjektif, ada individu umurnya tua tetapi fungsi badannya muda tetapi ada individu usianya muda tetapi fungsi badannya tua. Sehubungan dengan itu produk ini mempunyai khasiat seperti khasiat yang terkandung dalam susu awal ibu, protein dari daging, sayuran dan mineral berkualiti tinggi yang seterusnya meransang kelenjar pituitary dan kelenjar endokrin yang lain untuk merembeskan hormone HGH yang seterusnya memperlahankan kemerosotan fungsi sistem badan kita. Produk awet muda yang baik mungkin mengandungi bahan-bahan yang diragui halalnya dan berharga 10 atau 20 kali ganda produk ini dengan keberkesanan yang sama.

Kelebihan 40’ Plus
 Terjamin suci dan halal
 Berkesan dan mampu menandingini produk luar negara yang berharga 10-20 kali ganda lebih mahal
 Mengembalikan kecergasan tubuh badan
 Meningkatkan kualiti hidup secara menyeluruh
 Badan lebih cergas
 Badan lebih fleksibel dan tiada sakit-sakit sendi
 Tidur lebih nyenyak
 Kulit lebih lembut dan anjal
 Menggunakan khasiat bahan semulajadi dan halal


15. Dr Love (Set 1 minyak, set 2 Garam) RM65.00
Perkahwinan dipupuk berasaskan kasih sayang. Kerap kali perkahwinan hancur kerana pasangan tidak dapat menerima hakikat salah saorang dari mereka mempunyai masalah seks. Ramai pakar seksologi dan pakar kaunseling mengatakan seks penting penting dalam perkahwinan selain dari komunikasi antara pasangan. Ketidakpuasan hubungan seks menyebabkan berlakunya konfliks antara suami isteri, pertengkaran mudah berlaku, mudah hilang sabar, toleran suami isteri rendah, tekanan darah tinggi, kasih sayang suami isteri berkurangan, risiko berlakunya kecurangan dari suami atau isteri. Hubungan seks yang sihat merupakan salah satu ramuan kesejahteraan rumah tangga. Diantara masalah seks yang biasa di alami ialah tiada keinginan untuk melakukan hubungan seks suami isteri, tidak merasa ransangan dan sensasi nikmat seks, lambat untuk mencapai nikmat ransangan seks, vagina kering, sakit semasa atau selepas tamat sanggama, zakar tidak keras dan pancutan pra matang merupakan antara sebab yang menjadi punca masalah seks antara suami isteri. Mengapa ia berlaku, sedangkan masa mula berkahwin dahulu semuanya ok. Tekanan di tempat kerja atau di rumah, masalah pemakanan, masalah pencemaran, masalah imbangan hormon, masalah peredaran darah, masalah kesihatan dan masalah ganguan sistem saraf atau kombinasi masalah tersebut merupakan punca ianya berlaku. Produk ini unik dan istimewa kerana ia dirumus khusus dan berkesan untuk suami dan isteri.

Kelebihan Dr. Love
 Sesuai dan berkesan untuk suami dan isteri
 Terdiri dari 2 set, set pertama (minyak), Set kedua (garam)
 Set Pertama (Minyak) – bagi isteri ia meningkatkan aliran darah pada alat kelamin, meningkatkan deria ransangan dan seterusnya meningkatkan nikmat hubungan asmara, melegakan kekeringan pada bahagian faraj. Segera menyembuhkan kecederaan kecil dan melecet pada faraj.
 Minyak ini jika diurut pada zakar akan menyebabkan zakar keras, mengurangkan rasa kegelian dan ngilu dan membolehkan suami bertahan lama ketika berasmara.
 Set kedua (Garam) – menangani masalah dalam badan secara sistematik yang menjadi punca asas masalah hubungan seks.
 Set kedua membuang toksin dalam badan, mengimbangkan hormone, melancarkan perjalanan darah, menangani system saraf yang merupakan punca sebenar masalah seksual.
 Badan lebih bertenaga dan lebih sihat
 Meningkatkan keinginan untuk hubungan intim
 Tanpa bahan kimia
 Suci, halal dan berkualiti


16. Bina Minda RM40.00/100 biji
Banyak makan makanan bergoreng, makanan rinngan, pengumpulan bahan toksin dalam badan, ganguan aliran darah, ganguan sistem saraf dan pencemaran gelombang elektromagnetik (gelombang radio, TV, telefon bimbit dan lain-lain lagi) secara langsung atau tidak langsung menjejaskan prestasi minda kita. Kita sukar untuk memberikan tumpuan, memahami dan mudah lupa ketika belajar atau semasa bertugas. Punca penyebab seperti yang telah diterangkan di atas juga memberi kesan kepada kelenjar pineal yang terletak di bahagian otak. Ganguan pada kelenjar pineal menyebabkan kita sukar tidur malam. Produk ini meransang sistem saraf, kelenjar pineal dan sel otak dengan itu meningkatkan kefahaman, daya tumpuan dan ingatan kembali.

Kelebihan Bina Minda
 Meningkatkan daya ingatan
 Meningkatkan daya kefahaman
 Menguatkan daya imaginasi
 Meningkatkan keupayaan logic
 Meningkatkan koordinasi kawalan motor
 Meningkatkan tumpuan belajar
 Memberikan ketenangan
 Meransangkan ketekunan bila belajar
 Berkesan dan murah
 Mudah digunakan
 Produk suci, halal dan berkualiti


17. Arthritis (Radang sendi) RM 22.00
Sakit sendi tidak mengenal usia walaupun ia biasanya sering menyerang orang yang lanjut usia. Simptom sakit sendi ialah sukar mengerakkan sendi ketika cuaca sejuk dan awal pagi. Sendi-sendi menjadi sakit sehingga membataskan pergerakkan. Silap makan juga boleh menyebabkan radang sendi dan pergerakan menjadi terbatas dan rasa amat sakit. Pihak perubatan moden sehingga sekarang masih belum dapat mengenalpasti punca sebenar arthritis. Dipercayai sistem imun dalam badan menjadi keliru dan menyerang tisu pada sendi. Rawatan konvensional ialah menggunakan ubat tahan sakit dan ubat yang mengandungi steroid. Kita semua sedia maklum pengambilan ubat berasaskan bahan kimia lama kelamaan memberikan kesan sampingan negatif pada badan.

Kelebihan Arthritis
 Menangani masalah sakit sendi dan arthritis
 Menangani sakit radang sendi
 Tiada interaksi dengan pengambilan ubat sedia ada seperti ubat sakit jantung dan lain-lain
 Tiada kesan sampingan
 Tanpa bahan kimia dan bahan herba
 Menggunakan khasiat bahan semulajadi dan halal


18. Migrain (Sakit kepala teruk) RM 22.00
Cuaca panas, tekanan perasaan, tekanan kerja atau mengambil makanan tertentu boleh menyebabkan serangan migrain. Serangan migrain menyebabkan kita kualiti hidup kita merosot, menjejaskan pelajaran dan kerjaya. Simptom biasa migrain ialah sakit kepala yang berdenyut-denyut terutama di bahagian mata, dahi atau bahagian tengah kepala. Pengambilan ubat sakit kepala biasa atau ubat tahan sakit kadangkala tidak berkesan untuk menangani serangan migrain yang serius. Produk Migrain menormalkan fungsi fisiologi dalam badan seterusnya meransang penyembuhan migrain secara semulajadi.

Kelebihan Migrain
 Meransang badan untuk penyembuhan secara semulajadi
 Berkesan untuk sakit kepala dan migrain
 Tanpa bahan kimia atau bahan herba
 Tiada kesan sampingan
 Menggunakan khasiat bahan semulajadi dan halal


19. PMS (Sengugut) RM 22.00
Waktu yang paling dibenci oleh setiap wanita ialah ketika menghampiri kitar haidnya. Simptom seperti mudah marah, sensitif, sakit pinggang, sakit payudara dan lain-lain lagi benar-benar mencabar diri. Perkara sebegini bukan sahaja menjejaskan kesejahteraan kita tetapi prestasi kerja, prestasi belajar dan juga hubungan kita dengan orang yang rapat dengan kita. Ubat tahan sakit farmasi penuh dengan bahan kimia dan ada kesan sampingan. Produk ini membantu wanita mengharungi saat-saat mencabar secara semulajadi dengan lebih selesa.

Kelebihan PMS
 Mengurangkan sakit dan simptom PMS
 Bahan semulajadi
 Bebas dari bahan kimia dan bahan herba
 Berkesan dan memberikan kesan yang berpanjangan
 Tiada kesan sampingan
 Menggunakan khasiat bahan semulajadi dan halal


20. H2O Vitalizer (Pengharmonian Air) RM 22.00
Air sangat-sangat diperlukan oleh manusia namun tidak semua jenis air dapat memberi manfaat kepada manusia. Ini kerana kebanyakkan air dicemari oleh beribu jenis bahan kimia, bahan berunsur biologi dan lain-lain lagi. Kerana sumber air bersih semakin berkurangan, air paip yang kita gunakan secara lansung atau tidak langsung adalah air yang kitar semula. Air yang dianggap “bersih dan selamat digunakan” sebenarnya diragui kebersihan dan keselamatannya. Sebabnya air yang mengalir dari paip tersebut bewarna keruh dan mempunyai rasa yang kurang enak. Jika kita menggunakan penapis seramik kita akan dapati ia menjadi kotor selepas beberapa hari sahaja dan memerlukan ia dicuci. Satu lagi sebab ialah air yang dibekalkan oleh syarikat pembekalan air disalurkan melalui paip, menyebabkan sebahagian tenaga semulajadinya hilang. Air yang telah melalui badan manusia (air kitar semula), air yang telah dicemari oleh bahan kimia dan bahan biologi, walaupun telah ditapis sehingga ia nampak bersih tetapi sebenarnya ia masih mempunyai sifat-sifat yang tidak baik. Ini ialah kerana bahan-bahan tersebut mengandungi semangat dan auranya yang mempengaruhi sifat air tersebut. Contohnya buah durian: ia mempunyai tiga komponen iaitu komponen fizikal , komponen rasa dan komponen bau. Walaupun buah durian tersebut telah di buang tetapi baunya tetap berlegar di situ untuk seketika. Bagi orang yang tak suka dan alah kepada buah durian, baunya sahaja sudah cukup untuk membuatkan ia resah dan tertekan. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Masaharu Emoto, air dipengarugi oleh semangat dan perasaan yang mengelilinginya. Jika semangat dan perasaan yang mengelilinginya baik maka baiklah ia, jika sebaliknya maka air tersebut mencerminkan semangat dan perasaan negatif tersebut. Air sedemikian tidak dapat menghidrasikan setiap sel dalam badan. Akibatnya, walaupun kita minum air dengan banyak, sel dalam badan kita tidak dihidrasikan sepenuhnya. H2O Vitalizer menghalang bahan yang memudaratkan dari diserap oleh badan, ia mengaurakan air, menjadikan ia murni dan mudah menyerap dalam setiap sel dalam badan. Cara ini lebih baik dan lebih menjimatkan dari membeli air aura yang ada dipasaran yang mahal harganya.

Kelebihan H2O Vitalizer
 Cara murah dan mudah untuk mendapat air aura
 Memberikan tenaga kepada air yang biasa kita minum
 Air menjadi lebih sedap diminum
 Air menyerap dalam setiap sel dalam badan
 Melindungi badan kita dari bahan terlarut yang memudaratkan badan
 Badan menjadi lebih segar
 Membantu mempercepatkan proses detoksifikasi dalam badan
 Tiada kesan sampingan
 Menggunakan khasiat bahan semulajadi dan halal
 Tidak perlu membelanjakan wang yang banyak untuk membeli sistem tapisan air canggih
 Tidak perlu membelanjakan wang yang banyak untuk menggantikan komponen sistem penapisan air.


21. Immunity Booster (Penguat Sistem Imun Badan) RM 22.00
Ada sesetengah orang mudah dihinggapi penyakit. Tekanan di tempat kerja, silap makan, kena hujan, tidur terganggu, perubahan cuaca dan lain-lain lagi boleh menyebabkan orang yang mempunyai system imun lemah mudah diserang demam atau penyakit. Biasanya orang yang rendah system imun badan kerap jatuh sakit, kadang-kadang hampir setiap minggu. Keadaan sedemikian boleh menjejaskan prestasi akademik bagi pelajar dan prestasi kerja bagi pekerja swasta atau awam. Langkah permulaan untuk memulihkan system imun badan ialah dengan mengambil produk Complete Detok, Sistem KLD dan P-Cleanz terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk membuang toksid dalam badan dan parasit agen penyebab penyakit. Selepas proses nyah toksid dan nyah parasit dalam masa dua minggu, barulah anda boleh menggunakan produk Immunity Booster. Produk ini akan menguatkan sistem imun badan untuk menghindari badan dari demam atau selsema atau lain-lain penyakit ringan.

Kelebihan Immunity Booster
 Paras kesihatan badan menjadi lebih baik
 Tahap kecergasan badan tinggi
 Meningkatkan rintangan terhadap demam dan selsema
 Badan menjadi lebih lasak, mampu menghadapi tekanan, perubahan cuaca atau lain-lain yang mana sebelum ini boleh menyebabkan kita jatuh sakit
 Meningkatkan sistem imun badan
 Sesuai untuk semua peringkat umur
 Tiada kesan sampingan
 Menggunakan khasiat bahan semulajadi dan halal


22. Serenity – Menangani kesan sampingan Menopause RM 45.00
Ganguan emosi, ganguan keseimbangan paras hormon, pra menopause dan menopause, ganguan aliran darah ke bahagian alat sulit adalah sebahagian daripada puncanya. Kadang-kadang punca tersebut saling berkait.

Kelebihan Serenity
 Menenangkan perasaan
 Melembabkan kulit yang kering
 Segera menyembuhkan kecederaan kecil
 Mengimbangkan paras hormon
 Mengembalikan keremajaan sel
 Memberi kesegaran dan keselesaan vagina sepanjang hari
 Membantu ketika hubungan intim bersama suami
 Secara beransur gatal hilang, kekeringan kembali normal, kegelisahan hilang dan hidup menjadi lebih sejahtera
 Diperbuat dari tenaga penyembuhan semula jadi dan minyak kelapa dara tulin