Pesona Misteri


APA ISTIMEWANYA PRODUK PESONA MISTERI?
Produk PESONA MISTERI  dirumus oleh saintis dari salah satu universiti penyelidikan yang di iktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia menggunakan teknologi skalar. Teknologi skalar hanya di gunakan di negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jerman. Produk ini hanya menggunakan bahan asas seperti air, gula, garam dan minyak kelapa dara dengan itu tidak hairan produk ini tidak perlu kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Paling istimewa produk ini meransang badan kita balik ke bentuk asal yang sihat.

Penyembuhan semulajadi berlaku melalui tenaga penyembuhan yang terkandung dalam produk PESONA MISTERI. Justeru dengan itu Pesona Misteri menawarkan berbagai jenis produk yang sesuai untuk setiap individu. Kadang-kadang sesuatu penyakit atau simtom yang dialami tersebut disebabkan oleh punca yang lebih kompleks jadi gabungan beberapa produk perlu digunakan.

APA ITU TENAGA PENYEMBUHAN?
Tenaga – satu perkara yang senang diperkatakan tetapi amat sukar menjelaskannya. Mengikut definisi, tenaga ialah keupayaan melakukan sesuatu kerja. Dalam konsep sains, setiap benda samada hidup atau bukan benda hidup mengandungi tenaga. Cuba kita ambil situasi ini sebagai anologi: Pada masa dahulu kita menggunakan kayu api, membakarnya untuk menghasilkan tenaga haba untuk memasak makanan (kayu api umpama ubat herba- api sebagai tenaga haba yang kita nampak). Sekitar tahun 60an orang menggunakan minyak tanah dan dalam tahun 80an orang menggunakan gas untuk memasak makanan. Minyak tanah dan gas umpama ubat – farmasiutikal - kita masih nampak api yang menghasilkan haba). Pada masa kini ada orang menggunakan elektrik untuk memasak. Kita tidak nampak tenaga elektrik tetapi ia tetap menghasilkan haba untuk memasak. Produk kami menggunakan tenaga skalar yang dipancarkan dan di simpan dalam produk dan seterusnya meransang badan melakukan penyembuhan semulajadi. 

PENAMPILAN DIRI DAN KESIHATAN
Pesona Misteri sedia maklum bahawa masalah yang dihadapi sesaorang itu tidak sama. Ini ialah kerana faktor genetik, gaya hidup, amalan pemakanan, persekitaran tempat tinggal dan tempat kerja adalah berbeza. Justeru dengan itu Pesona Misteri menawarkan berbagai jenis produk yang sesuai untuk setiap individu. Kadang-kadang sesuatu penyakit atau simptom yang dialami itu disebabkan oleh punca yang lebih kompleks jadi gabungan beberapa produk perlu digunakan.

Punca Utama
Punca utama tua sebelum waktu dan penyakit ialah timbun tambah toksin dalam badan. Ini ialah kerana dalam kehidupan serba moden ini, hidup tanpa toksin bukan lagi satu pilihan. Banyak toksin masuk dan berkumpul dalam badan secara sengaja atau tanpa disedari. Toksin masuk melalui udara, makanan dan air. Sistem pelupusan dan penapisan toksin  dalam hepar dan ginjal yang lembab memburukkan lagi keadaan. Kurang minum air juga memburukkan lagi keadaan. Makanan kurang serat menyebbakan sistem pencernaan menjadi lembap dan toksik dari makanan akan mereput dalam salur pencernaan masuk ke dalam badan. 


LANGKAH-LANGKAH RAWATAN

Langkah Pertama
Langkah pertama dalam penyembuhan ialah mengenyah toksin dalam badan. Ini mesti dilakukan secara intensif pada peringkat permulaan (1 minggu pertama) dan selang sehari selepas itu. Produk Complete Detox dan Sistem KLD telah dirumus khas untuk tujuan ini. Cara penggunaan ialah seperti berikut: Campurkan 1 sudu kecil (disediakan) Complete Detox dan 1 sudu kecil Sistem KLD dalam segelas air RO atau air biasa dan minum. Masa yang  paling baik untuk minum ialah pada awal pagi sebelum sarapan. Mulakan protokol detoks pada hujung minggu kerana anda akan kerap kencing pada peringkat awal proses detoks. Minum air dengan banyak. Anda juga boleh campurkan garam detoks ini dalam minuman harian anda. Simtom detoks mungkin dialami pada peringkat awal proses nyahtoksin tetapi anda tak perlu risau. Minum air dengan banyak untuk mencairkan toksin yang mula keluar dari badan.

Langkah Kedua
Satu lagi punca kemerosotan kesihatan dan kualiti hidup ialah kehadiran parasit dalam badan kita. Ya, kita masyarakat moden lagi bertamadun, mana boleh ada parasit? Parasit yang dimaksudkan di sini bukan setakat beraneka jenis cacing seperti cacing gelang, cacing kerawit atau cacing pita tetapi merangkumi beraneka jenis virus, mycoplasma, nanobakteria, bakteria, kulapok, protozoa dan makhluk ghaib. Gunakan Formula Garam P Cleanz, 1-2 sudu (disediakan) dalam 1 gelas air biasa dan minum 3 kali sehari selang sehari.

Langkah ketiga
Ada ungkapan mengatakan penyakit bermula dari sistem pencernaan kita. Timbun tambah bahan toksin serta kemerosotan penyerapan zat yang berguna menyebabkan  badan kurang bermaya. Bagi orang yang tidak lawas buang air besar, aktiviti microb terhadap najis yang di simpan terlalu lama dalam usus besar mengakibatkan toksin terhasil dan diserap semula dalam badan. Ini menimbulkan berbagai masalah seperti pening, migrain, tumbuh jerawat di muka, badan letih dan lain-lain masalah kesihatan. Bagi sesetengah individu, masalah sembelit merupakan masalah utama walaupun telah berikhtiar berbagai cara. Produk Colonz melancarkan sistem penghadaman kita, mengurangkan masalah sembelit dan seterusnya menyumbang kepada tahap kesihatan yang lebih baik.

Selepas melalui ketiga-tiga protokol ini barulah kita menggunakan produk-produk yang lain.