info

Info PDF Print E-mail

Adakah Produk Pesona Misteri Selamat Digunakan?

Tiada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia?
  • Produk Pesona Misteri tidak menggunakan bahan farmasiutikal (dadah atau bahan kimia berjadual atau tak berjadual)
  • Produk Pesona Misteri tidak mengguna sebarang bahan herba melainkan produk Magikal Aura dan Beauty Oil yang mengandungi minyak kelapa dara tulin
  • Bukan dalam kategori Ubatan farmasiutikal / Ubatan Herba / Makanan kesihatan
  • Berfungsi sebagai peransang penyembuhan semulajadi
  • Mengandungi bahan asli yang digunakan seharian iaitu:
Air RO dirawat secara ozon, Gula putih biasa, Garam bukit Himalaya
  • Buatan orang Islam
  • Menggunakan bahan yang bersih lagi suci
  • Di perbuat dalam persekitaran yang bersih
Berdasarkan bahan yang digunakan cuba kita tanya diri kita:
Perlukah kita bertanyakan sijil KKM untuk minum teh tarik, atau makan nasi ayam di medan selera?

*** Perhatian: Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi jangan risau ketika mengambil produk ini kerana produk ini rendah natrium dan tidak akan meningkatkan tekanan darah. Walaupun begitu sebagai langkah berjaga-jaga, pengidap darah tinggi hanya perlu minum sekali sehari.


Mengapa KOMITMEN itu Penting
Pengambilan produk ini sama seperti mengambil ubat hospital atau produk alternatif yang lain iaitu perlu ikut peraturan dan komitmen. Penyakit tidak akan hilang serta merta tetapi perlukan masa untuk pulih. Cuba menggunakan produk ini selama 3 bulan untuk menentukan keberkesanannya. Komitmen anda mengambil ubat dan minum air tawar sangat penting dalam proses penyembuhan.

Mengapa mesti niat.
Kita berniat memohon kepada tuhan dan minta izin agar dalaman kita merestui ikhtiar kita untuk penyembuhan. Kadangkala dalaman kita konflik dengan ikhtiar kita untuk sembuh. Apabila berlaku konflik antara dalaman dan luaran kita, apa yang diinginkan sukar untuk direalisasikan atau dengan lain perkataan penyakit yang kita hidapi sukar untuk sembuh.

Mengapa kebanyakkan produk Pesona Misteri menggunakan garam?
Garam bukit yang digunakan kurang masin (rendah natrium) berbanding garam biasa, ia kaya dengan khasiat semulajadi. Garam ini menyimpan getaran-getaran frekuensi bermanfaat yang digunakan dalam penyembuhan.

Krisis Penyembuhan
Antara tanda nyahtoksin ialah demam, badan menjadi lesu, sakit sendi-sendi, tumbuh bisul dan ruam merah pada kulit, kerap rasa dahaga, kerap kencing, bau air kencing sangat kuat dan busuk. Simtom yang dialami berbeza antara individu biasanya antara 2 hari hingga 2 minggu. Jangan risau, minum air dengan banyak antara 2-3 liter air sehari. Air disini bermaksud air tawar bukan air berkarbonat, air sirap, kopi atau lain-lain jenis air. Setiap orang mempunyai krisis penyembuhan yang berbeza!

Berapakah jumlah air yang diperlukan oleh badan kita?
Perkiraan untuk mengetahui banyak air yang diperlukan oleh badan kita

Jumlah air yang perlu diminum
Peringatan: Keberkesanan rawatan banyak bergantung pada jumlah air yang anda minum. Jika anda kurang minum air, rawatan mungkin lambat berkesan atau langsung tidak berkesan. Toksin yang mula keluar dari badan jika tidak dicairkan dengan meminum air biasa mungkin menyebabkan anda demam atau krisis penyembuhan yang serius.

Jika anda ada kemuskilan dalam menggunakan produk Pesona Misteri, atau anda ingin tahu produk apakah yang paling sesuai untuk menangani masalah anda, sila hubungi kami di talian 019-2841012 atau email kami di nuyu1206@yahoo.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it untuk keterangan lanjut atau khidmat rundingcara.